Home » Langit Terbuka » 18 pusat tahfiz terima alat pemadam api

18 pusat tahfiz terima alat pemadam api

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sumbangan itu berikutan kejadian kebakaran melibatkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat tahun lalu - Utusan

KUALA LUMPUR 15 Ogos- Sebanyak 18 pusat tahfiz di sekitar ibu negara yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima setiap tiga unit alat pemadam api.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, sumbangan itu berikutan kejadian kebakaran melibatkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat tahun lalu.

“Jadi kita bersama pihak Jakim mengambil inisiatif ini untuk memberi sebanyak 54 alat pemadam api hasil sumbangan Jakim sendiri.

“18 pusat tahfiz ini adalah daripada 36 jumlah keseluruhan yang ada di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api di Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur di sini hari ini. – Utusan

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *