Home » Langit Terbuka » 17 juta rakyat Yaman kebuluran

17 juta rakyat Yaman kebuluran

GENEVA – SWITZERLAND, 17 Mac –  Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran lebih separuh penduduk Yaman berada di ambang kebuluran selepas negara Arab terus menjadi mangsa serangan udara tanpa henti.

Dalam satu laporan diterbitkan kelmarin, Program Makanan Sedunia memberitahu (WFP), 60 peratus atau 17 juta rakyat negara itu kini berdepan krisis atau keadaan makanan kecemasan.

“Jika bantuan kemanusiaan tidak dapat mengakses semua orang yang memerlukan dalam beberapa bulan akan datang, keadaan akan menjadi lebih teruk,” menurut laporan itu.

Antara wilayah paling terjejas adalah Lahij, Abyan, Sa’ada, Hajjah dan Shabwah.

WFP turut memberi amaran wilayah Ta’izz dan Hudaydah berisiko kebuluran jika mereka tidak menerima lebih banyak bantuan.

Bulan lalu, ketua kemanusiaan PBB memberi amaran empat negara, Yaman, Sudan Selatan, Nigeria dan Somalia menghadapi kebuluran dan Yaman menjadi negara yang paling terjejas. – Press TV-https://www.sinarharian.com.my/

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *