Home » Langit Terbuka » 150 murid KAFA terima sumbangan PKNK

150 murid KAFA terima sumbangan PKNK

Seramai 150 murid Sekolah Pendidikan Islam/Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (SPI/KAFA) menerima bantuan persekolahan dan wang tunai RM100. Foto : Berita Harian

LANGKAWI: Seramai 150 murid Sekolah Pendidikan Islam/Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (SPI/KAFA) di pulau ini menerima bantuan persekolahan dan wang tunai RM100 setiap seorang sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di sini, hari ini.

Semua sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Mohd Rawi berkata, sumbangan seperti itu diyakini dapat membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dalam sesi persekolahan baharu tahun ini.

“Kita berterima kasih kepada PKNK yang sentiasa prihatin dengan keperluan masyarakat yang memerlukan dan diharapkan ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PKNK, Abdul Rahman Abdullah berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) perbadanan itu.

“Sebelum ini, PKNK juga turut melakukan sumbangan sama kepada 10 kelas SPI/KAFA sekitar daerah Kota Setar,” katanya. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *