WASHINGTON 23 Dis. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang selalu ‘bising’ laman Twitter nampaknya terkedu dan hilang kata-kata dengan keputusan undian 128-9 yang menyebelahi Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Lebih 24 jam berlalu selepas undian, Trump masih belum memberikan sebarang kenyataan di Twitternya berkenaan isu tersebut.
Washington hanya mampu menghantar wakilnya ke PBB, Nikki Haley dengan ugutan kosong.
“Amerika Syarikat akan ingat hari ini,” kata Haley semalam susulan keputusan undian didedahkan.
Kata Haley, AS tetap akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis walaupun majoriti negara PBB menentang keputusan berkenaan.
Sebelum undian tersebut dibuat, Trump ada mengeluarkan kenyataan ‘gagah’ semasa satu mesyuarat kabinet, Rabu lepas.
“Kami akan perhatikan undi-undi tersebut. Biar mereka undi menentang kita (AS). Kami tak peduli,” kata Trump memetik laporan CNN.
Untuk pengetahuan umum, negara-negara yang menyokong keputusan Trump adalah Israel dan negara-negara kecil Micronesia, Nauru, Togo, Tonga, Palau, Kepulauan Marshall, Guatemala dan Honduras.- SINAR HARIAN
KOMEN