GAZA CITY 24 Dis. – Seorang remaja Palestin meninggal dunia hari ini sembilan hari selepas dia cedera terkena tembakan tentera Israel semasa menyertai bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara rejim Zionis.
Jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, Mohammad Sami al-Dahduh, 19, dari Gaza City ditembak 15 Disember lalu selepas terlibat dalam demonstrasi di sempadan Israel.
Kematian remaja itu menjadikan jumlah penduduk Palestin yang terbunuh sejak pengumuman Presiden AS, Donald Trump 6 Disember lalu menjadi 12 orang. – AFP, UTUSAN ONLINE
KOMEN