Home » Citra Yadim » 1000 pelajar taska Kelantan sertai Cilik Haji 2019

1000 pelajar taska Kelantan sertai Cilik Haji 2019

KUBANG KERIAN – Program Cilik Haji 2019 yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan kira kira 1,000 peserta.

Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Negeri Kelantan itu diadakan di Masjid Kubang Kerian di sini pada 8 Ogos bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pemangku Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Mohamed Yusoff memberitahu, program peringkat negeri ini diadakan bertujuan mendedahkan para pelajar tersebut yang berusia 4 hingga 6 tahun, dengan amalan rukun Islam kelima ini.

“Ia merupakan satu usaha melengkapkan pengetahuan mereka secara praktikal, supaya amalan haji dapat lebih difahami mereka,”.

“Program tahunan kali ini turut melibatkan YADIM kerana gagasan Rahmatan Lil Alamin sebenarnya mengambil kira pendidikan awal kanak kanak, justeru kita berhasrat mendedahkan mereka dengan penghayatan Islam, dalam program ini mengenai rukum Islam kelima ini,”jelas beliau.

Antara yang dipelajari oleh para pelajar ini termasuklah amalan tawaf, saie dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *