Home » Citra Yadim » 100 set sumbangan daripada YADIM untuk komuniti Batu, Segambut sempena Tahun Baru Cina

100 set sumbangan daripada YADIM untuk komuniti Batu, Segambut sempena Tahun Baru Cina

SENTUL – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua dalam menyebarkan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyampaikan 100 set sumbangan kepada penduduk kawasan ini dan Batu.

Program pada 18 Februari ini diadakan sempena Tahun Baru Cina dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary).

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta wakil wakil komuniti kawasan ini.

Masyarakat Cina yang disantuni antara lain menerima pek barangan keperluan harian, limau serta sedikit wang tunai.

Program pertama diadakan di Projek Perumahan Rakyat Pekan Batu di sini sebelum diteruskan di Kampung Baru Segambut.

Ahmad Marzuk dalam ucapannya berkata selain menyebarkan dakwah, program seumpama ini bertepatan dengan hasrat kerajaan yang mahu memupuk keharmonian antara semua kalangan masyarakat.

“Kerajaan hari ini ingin memupuk keharmonian sesama kaum selain ingin memahamkan masyarakat bahawa Islam itu adalah agama yang bertoleransi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *