Home » Citra Yadim » 100 set Musaádah untuk penduduk Kuala Kedah

100 set Musaádah untuk penduduk Kuala Kedah

KUALA KEDAH – Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk Kuala Kedah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan As Salam, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Kedah dan Pusat Khidmat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit telah tampil menyampaikan sumbangan Musaadah kepada 100 keluarga yang terlibat.

Penyerahan 100 kotak Musaadah YADIM disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria  di Pusat Operasi Bencana Kubang Rotan kepada Penyelaras DUN Anak Bukit, Rashidi Razak pada 18 September,

Turut hadir menerima sumbangan ialah Setiausaha Pertubuhan Kebajikan As Salam,  Bashir Ismail, Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Kedah,UstAZ Majdi Hussin, Pengerusi Pertubuhan Kuala Kedah Prihatin Hayazi Saad, dan Pengerusi Ikatan Belia Kuala Kedah, Muhammad Asyraf Anor.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *