Home » Citra Yadim » 100 penghantar Food Panda disantuni YADIM Sabah

100 penghantar Food Panda disantuni YADIM Sabah

KOTA KINABALU – Setiap kali memesan makanan menggunakan perkhidmatan dalam talian, antara yang sering menjadi rungutan atau perhatian ialah bila makanan akan sampai. Namun pernahkah terfikir kesulitan yang mereka perlu hadapi ?

Cuaca buruk, kenderaan rosak, jalan berlubang dan lokasi penghantaran tidak tepat adalah antara cabaran dihadapi mereka yang sering tidak dihiraukan oleh pelanggan. Realitinya, penghantar makanan memainkan peranan penting ketika negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Prihatin dengan situasi ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 20 Februari telah menyantuni mereka menerusi program Santuni Foodpanda Pantai Barat di Stesen Petronas Jalan Mat Salleh  di sini.

Seramai 100 penghantar makanan Foodpanda disantuni menerusi pemberian sarapan dan kupon mengisi minyak oleh YADIM Sabah.

Program ini juga mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah yang turut menyumbang bakul makanan kepada para penghantar makanan dalam program ini.

Hadir ke program ini ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Yang Berhormat Ir Shahelmey Yahya, Timbaalan Pengarah JKM Sabah, Dg Rugayah Ag Besar, Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki, Ketua Jabatan Jualan dan Peruncitan , Petronas Dagangan Sabah, Rezduan Aklee, dan Pengurus Stesen Petronas Jalan Mat Salleh, Haji Hussin Mijin.

YADIM sebelum ini juga pernah menyantuni para penghantar makanan pada 10 Februari di Pulau Pinang dan 10 Disember lepas di Putrajaya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *