SEREMBAN – Dengan kerjasama Pertubuhan hijau negeri sembilan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan menyumbang 100 pek makanan untuk asnaf di sekitar bandaraya ini.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Pengerusi Pertubuhan hijau Negeri Sembilan, Tuan Haji Rahim Yusof.
Pertubuhan tersebut kemudiannya akan mengagihkan pek makanan berkenaan kepada asnaf yang dikenalpasti memerlukan di sekitar bandaraya ini.
Hadir sama ke majlis ringkas penyerahan ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris.
KOMEN