TAMBUNAN – Seramai 100 keluarga yang memerlukan disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 31 Januari.
Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian badi meringankan beban mereka.
Sumbangan 100 bakul makanan untuk 100 keluarga ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abd Ghani oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.
Hadir sama ke acara ringkas ini ialah Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Tambunan, Ustazah Nurjannah Rusinin dan DAIE YADIM Tambunan Ustaz Safwan Jalal.
KOMEN