Home » Langit Terbuka » 10 resolusi konvensyen Ahli Sunah Waljamaah Kebangsaan

10 resolusi konvensyen Ahli Sunah Waljamaah Kebangsaan

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), melalui Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) menganjurkan program mega iaitu Karnival Usuluddin Kebangsaan 2024 pada 9 hingga 14 Disember lalu di UniSZA, Kampus Gong Badak, Terengganu.

Antara objektif Karnival Usuluddin Kebangsaan 2024 bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, memperkukuhkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) sebagai mazhab rasmi dan terbesar di Malaysia sehingga kini, melahirkan mahasiswa yang berkarisma serta peduli terhadap kedaulatan agama dan negara sebagai pelapis kepemimpinan masa hadapan dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, penganjuran Karnival Usuluddin Kebangsaan 2024 merangkumi lapan program berikut iaitu Persidangan Mahasiswa Usuluddin Kebangsaan 2024 (9 Disember), Konvensyen Ahli Sunnah wal Jamaah Kebangsaan 2024 (10-11 Disember), Pertandingan Membaca Kitab Turath Usuluddin (12 Disember), Forum Perdana Ehwal Islam – live TV1 (12 Disember), Subuh Macam Jumaat (13 Disember), Malam Tausiah dan Selawat Perdana (13 Disember), Daurah Perdana Kitab Turath Usuluddin (14 Disember) dan pameran serta jualan (9-14 Disember).

Semua program ini dianjurkan dengan kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu (JMNT), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Perkasa Siswa (KPT), Dana Asy-Syakirin (Petronas), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Majlis Belia Terengganu, TDM Berhad dan Pusat Islam UniSZA.

Terdapat resolusi penting yang dibentuk dalam satu daripada lapan program itu iaitu menerusi Program Konvensyen Ahli Sunah Waljamaah Kebangsaan 2024. Program ini anjuran bersama antara UniSZA dengan Jabatan Mufti Negeri Terengganu, di samping Jakim, Yadim, Maidam dan Yayasan Pendidikan Maidam.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *