KOTA BHARU – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 14 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kota Bharu.
Mereka telah menziarahi asnaf di sekitar Bandar Kota Bharu, Kampung Tiong dan Kampung Mulong di sini. Sebanyak sepuluh keluarga telah disantuni.
Mereka menerima bantuan berupa barangan keperluan harian yang diserahkan oleh Setiausaha SAY Kota Bharu, Badlila Bakri.
Turut hadir Bendahari SAY Kota Bharu Puan Nik Muniyati Nik Din dan Ahli JawatanKuasanya Mohamad Fahmi Fakhruddin Idris.
KOMEN