Home » Muamalah » 10 Dosa Yang Menghalang Rezeki

10 Dosa Yang Menghalang Rezeki

SETIAP manusia bahkan setiap makhluk yang melata di muka bumi ini pasti diberi rezeki oleh Allah SWT sepertimana janji-Nya dalam Surah Hud ayat 6 yang bermaksud: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

Tetapi, tidak dinafikan, ada kalanya rezeki seakan berat dan jauh dari kita walaupun segala usaha sudah dibuat misalnya masih lagi tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan yang diperoleh. Mungkin tanpa kita sedar, sebenarnya itu adalah tanda yang ditunjukkan oleh Allah kerana kita selalu melakukan sepuluh dosa ini tanpa benar-benar berusaha untuk bertaubat.

Sepuluh dosa yang menghalang rezeki ialah:

  1. Syirik dan menyekutukan Allah SWT
  2. Meninggalkan atau melalaikan solat lima waktu
  3. Berzina
  4. Derhaka kepada kedua ibu bapa
  5. Memakan wang haram
  6. Berjudi
  7. Meminum arak
  8. Memutuskan tali silaturahim
  9. Suka mengumpat
  10. Kedekut

 

Oleh itu, bertaubatlah. Jangan diulang dosa lalu kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pemurah.

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *