Pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Sementara itu di Menara Kuala Lumpur, tepat pukul 7.10 malam, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Dzulkifli Mohamad mula mencerap anak bulan dengan menggunakan teleskop, namun anak bulan di lokasi tersebut tidak kelihatan.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya.

Selain dari Menara Kuala Lumpur, sebanyak 28 lokasi cerapan untuk melihat anak bulan Ramadan 2015/1436H turut diadakan.

Sumber daripada https://www.utusan.com.my/