Menurut sejarah,amalan puasa muncul serentak dengan kemunculan manusia di muka bumi. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadat kepada umat Islam,malahan ia turut menjad satu amalan lazim masyarakat bukan Islam termasuk Mesir kuno, Yunani Greek, bangsa Romawi dan China kuno.
Puasa semenjak permulaan sejarah manusia telah diterima sebagai salah satu kaedah mencapai ketinggian darjat disisi-Nya selain bertindak sebagai ‘potion’ bagi jiwa,menghindari kemungkaran. Bukti yag menunjukkan ibadah puasa telah disyariatkan sebelum kedatangan Islam lagi ialah menerusi al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.”
Ibadah puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu memiliki empat bentuk utama iaitu:
– Puasa orang-orang sufi yang dipraktikkan pada setiap jjka, bertujuan bagi menambahkan pahala.
– Puasa berbentuk menahan diri daripada berkata-kata seperti yang pernah dipraktikkan oleh kaum Yahudi sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam al-Quran: “Jika kamu (Maryam) melihat seorang manusia, maka katakanlah, iesungguhnya aku telah bernazar berpuasa kepada Tuhan fang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan eorang manusiapun pada hari ini,” (surah Maryam:26)
– Berpuasa keseluruhan atau sebahagian daripada lerbuatan atau bertapa sepertimana yang telah dilakukan leh penganut Buddha dan sebahagian kaum Yahudi.
Ibadah puasa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam pada setiap kali kedatangan bula Ramadan. Diriwayatkan dari Abdullah Ibn Umar, belia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Islam berdiri di atas lima tingkatan; syahadah iaitu tiadq tuhan selain Allah dan Muhammad utusan-Nya, solat lima waktu, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan.” (sumber-Dewan Asatidz Pesantren Online)
Jelas sekali walaupun ibadah puasa telahp dilaksanakan sejak kewujudan manusia lagi, pengisian puasa, dari segi syariat dan pengisiannya adalah berbeza-beza.
Menurut Encyclopedia of Religion, bangsa sebelum masihi seperti bangsa Rom, Yunani, Mesir Purba, Natches di Amerika Tengah, Hindu dan China turut mengamalkan puasa. Mereka berpuasa sebagai persediaan menyambut perayaan, memuja roh nenek moyang, membersihkan dosa dan persediaan menjadi pemimpin atau ketua agama.
Bangsa Yunani misalnya telah mempelajari kelebihan puasa lama daripada bangsa Mesir kuno di mana ia dianggap sebagai persiapan awal ketika menghadapi perperangan. Manakala bangsa Rom pula meniru kaedah puasa daripada bangsa Yunani dengan kepercayaan ia boleh menjadi benteng diri dengan kehadiran dua kekuatan sama ada secara fizik mahupun secara metafizik (ketahanan dan kesabaran).
Puasa penganut Yahudi
Penganut Yahudi melaksanakan puasa sebagai reaksi mereka kepada ratapan kesedihan di atas berpunca yang menimpa. Mereke mempercayai bahawa dengan berpuasa, kemurkaan tuhan dapat diredakan serta dosa mereka dapat diampuni. Selain itu, ibadah puasa yang dilakukan juga adalah bertujuan mengenang peristiwa kemusnahan bandar Jurusalem di tangan Nebucednezar II (605-562 sm) Putera Epada Nabopelessar, pengasas kerajaan Babylon baru pada tahun 597 sm.
Ada dinyatakan di dalam kitab Taurat bahawa puasa difardukan ke atas penganut Yahudi pada hari yang kesepuluh di bulan yang ketujuh yang dinamakan Asyura. Mereka berpuasa siang dan malam.
Dalam Encyclopedia of Religion menyatakan Yahudi Ortodoks mengamalkan puasa wajib satu hari pada hari Yom Kippur (hari pembersihan dosa) seperti mana yang disuruh oleh Mosaic Law (kemungkinan merujuk kepada kitab Taurat Nabi Musa). Kemudian mereka menambah empat hari lagi, masing-masing satu hari pada bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tishri mengikut kalendar bulan Yahudi sebagai hari berkabung di atas bencana yang menimpa bangsa Yahudi.
Mengikut enciklopedia itu lagi, terdapat segolongan penganut Yahudi mengamalkan puasa mengikut Nabi Yahya, mengamalkan 40 hari puasa Nabi Musa, 40 hari puasa Nabi llyas dan puasa pada hari Isnin dan Khamis secara sukarela.
Puasa dalam agama Kristian
Selepas kematian Nabi Isa, kitab Injil mengalami perubahan besar. Di dalam Bible (New Testament) tidak menyebut secara nyata tentang wajib puasa kepada penganutnya. Menurut Encyclopedia of America, pada dua abad pertama sejak kemunculan agama Kristian, puasa dalam agama ini adalah sukarela.
Puasa hanya diwajibkan pada abad keempat. Secara tradisinya, agama Kristian mengkehendaki penganutnya berpuasa 40 hari mulai hari besar Ash Wednesday hingga hari perayaan Easter, iaitu sebelum perayaan Krismas. Puasa ini dibuat sebagai simbol menghormati kesengsaraan Nabi Isa a.s. yang mengalaminya selama 40 hari. Puasa-puasa tradisi lain ialah puasa pada hari Rogetion Days, Ember Day, puasa mingguan pada hari Rabu dan Jumaat dan puasa sempena perlantikan paderi dan hari Baptis.
Walau bagaimanapun menurut Encyclopedia of Britanica, kedudukan puasa tradisi dalam masyarakat moden Kristian hari ini telah mengalami perubahan besar. Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Rom telah memutuskan mereka hanya perlu berpuasa sebahagian atau pada hakikatnya berpantang dengan tidak makan daging pada hari perayaan Ash Wednesday dan hari Good Friday. Kelonggaran peraturan itu dibuat sebagai usaha menggalakkan masyarakat Kristian berpuasa.
Menurut Encyclopedia of Religion, masyarakat Kristian Ortodoks Greek dan Roman Katolik yang suatu ketika dahulu kuat mengamalkan puasa tradisi, kini hanya mengamalkan puasa atau berpantang pada hari Ash Wednesday dan Good Friday sahaja. Manakala sebahagian besar gereja- gereja di bawah mazhab Kristian Protestant hanya menganggap puasa itu adalah hak budi bicara individu untuk mengamalkannya.
Puasa dalam agama lain
Menurut Encyclopedia of Religion, walaupun sebahagian besar penganut agama Buddha cenderung berpantang tetapi mereka menganggap puasa sepenuhnya sepanjang hari bukanlah suruhan agama Buddha. Mengikut ajaran Buddha, mengurangkan makan atau berpantang adalah salah satu dari 13 ajarannya untuk mencapai hidup bahagia. Ajaran ini menyatakan bahawa walaupun mereka berpuasa tetapi mereka boleh makan sekali sehari sebelum waktu tengah hari.
Puasa juga dikenal dalam agama-agama penyembah binatang. Ibn an-Nadim dalam bukunya al-Fahrasat, sebagaimana dikutip Quraish Shihab dalam Tafsir al- Mishbah, menyebutkan agama para penyembah binatang berpuasa tiga puluh hari dalam setahun, beserta puasa sunat sebanyak 16 hari atau 27 hari. Mereka menjalani ibadah puasa sebagai penghormatan kepada bulan, juga kepada planet Marikh yang mana dalam kepercayaan mereka sebagai ‘bintang nasib’ selain kepada matahari. Selain itu, puasa dalam agama Hindu, Confucius, Tao dan ajaran kuno lain mengamalkan puasa sebagai suatu kaedah pemujaan roh nenek moyang. Puasa mereka lebih bersifat berpantang dengan tidak makan daging atau dibenarkan atau dibenarkan daging makan sekali sehari (Ghafani Awang Teh).
Ibadah puasa yang dijalankan sangat berbeza dengan a hari ibadah puasa yang difardukan kepada umat Islam yang telah disyariatkan kepada Rasulullah s.a.w. pada bulan Syaaban di tahun kedua hijrah baginda ke Madinah. Pada masa itu, Baginda telah menyebarkan seruan Allah SWT tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadan seperti firman-Nya yang bermaksud:
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ilam ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)
Kebangkitan Islam 500 tahun selepas Nabi Isa a.s. telah melengkapkan sejarah puasa itu sendiri sebagai suatu kaedah penyucian diri jiwa dan raga bagi manusia. ibadah puasa juga dilihat sebagai suatu kaedah penyatuan dan tingkat ketakwaan kepada Maha Pencipta.
Ibadah puasa umat Islam pada setiap bulan Ramadan adalah sebagai tujuan melatih hamba-hamba-Nya supaya bertakwa kepada-Nya seperti firman-Nya: yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al Baqarah:183)
Hikmah puasa telah banyak diteliti para ulama dan ilmuwan, dari para ahli syariat dan keagamaan Islam hingga ke para ahli psikologi dan perubatan terbukti mempunyai nilai kebaikan yang unggul kepada diri. Puasa yang dijalani dengan bersungguh-sungguh dan bertawaduk secara langsung akan melahirkan umat yang bertakwa kepada-Nya seperti firman-Nya: “Mudah-mudahan kamu bertakwa.”
KOMEN