Oleh Datuk Haji Abd. Manaf Haji Ahmad
Sejarah telah menyaksikan bahawa gerakan dakwah Isamiah masuk ke Malaysia secara aman tanpa perperangan dan pergaduhan. Dakwah Islamiah berkembang di Malaysia melalui saudagar dari negara Arab dan India yang datang ke Tanah Melayu melalui negeri kedah dalam kurun ke 13 dan ke Melaka dalam kurun 15. Mereka memberi tahu Raja dan Rakyat kedua negeri itu bahawa ada agama yang baharu lahir bernama Islam. Mereka menerangkan kebaikan dan kelebihan agama baru itu. Raja telah menerima agama itu dengan baik dan diikuti oleh rakyat jelatanya.
Pendakwah-pendakwah yang datang itu membawa pelbagai fahaman seperti fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga semua umat islam di Tanah melayu dan kemudian Malaysia menganut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka melakukan amal ibadat dengn mengikuti mazhab Imam Shafie sehingga sekrang.
Sesetengah pendakwah itu ada membawa kefahaman Syiah dan berjaya menyerap masuk dan mempengaruhi dalam sastera Melayu melalui buku dan kitab-kitab hikayat. Yang paling ketara ialah kitab berzanji. Sesiapa yang memahami bahasa Arab, tentu boleh meperakuikannya.
Fahaman dan pengaruh Wahabi datang terkemudian yang dibawa oleh Ustaz Abu Bakar Shaari dari Perlis dan rakan-rakan yang lain atas nama kaum muda. Mereka berdakwah memerangi khurafat dan kepercayaan kepada kubur atau pokok besar yang dilindungi oleh wali. Mereka telah berjaya meroboh bangunan yang dibuat atas kubur yang dianggap sebagai kubur wali dan pokok-besar yang selalu dikunjungi oleh sebilangan kecil umat Islam untuk meminta sesuatu.
Fahaman Wahabi ini dibawa oleh seorang ulamak terkenal dari Saudi Arabia bernama Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab yang dilahirkan pada tahun Masihi 1703 di Najd, Saudi Arabia. Bapanya Abdul Wahab adalah seorang ulamak besar di sana.
Sheikh Mohammad bin Abdul Wahab telah mendapat pengaruh daripada Ulamak Besar Islam bernama Ibnu Taimiyah dalam bidang ilmu tauhid dan feqah.
Umumnya Sheikh mohammad Abdul Wahab berdakwah dengan pegangan salafiah dan bermazhabkan Imam Hambali. Secara ringkasnya beliau memerangi perkara syirik dan khurafat seperti bernazar dengan kubur tok wali atau bertawasul kepada Allah melalui makhluk lain.
Sheikh Mohammad Abdul Wahab melarang umat Islam melakukan perkara-perkara yang boleh menjauhkan diri kita daripada tauhid dan keasaan Allah. Umpamanya berdoa dengan nama lain daripaa nama Allah S.N.W., meminta pertulongan kepada hantu atau wali atau keramat apabila kemalangan dan mala petaka, bertawasul kepada Allah melalui Nabi dan Rasul. Menziarahi kubur untuk berdoa kepada orang yang mati tetapi boleh menziarahi kubur untuk tujuan menginsafkan diri kita di haruskan.
Akhir-akhir ini ramai pendakwah yang terlalu keras dan melampau dari ajaran Wahabi sehingga menuduh mereka yang melakukan perkara itu sebagai kafir sedang Sheikh Abdul Wahab sendiri tidak berkata begini. Beliau hanya berkata bahawa mereka yang menyembah berhala dan melakukan pekerjaan yang boleh membawa kepada syirik sahaja.
Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan bebas. Sungguhpun mazhab Shafie dan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi pegangan majoriti Orang Melayu tetapi mereka mempunyai toleransi yang tinggi dengan fahaman lain daripada pegangan mereka.
Ramai orang-orang tua-tuan kita bimbang dengan fahaman yang datang dari luar itu akan memecabelahkan umat Islam dinegara ini. Kita tidak mahu perbedaan pendapat dalam pegangan mazahab akan membawa bencana perang saudara sepertimana berlaku di Lebanon, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Thailand dan Filipina.
Penulis ialah Bekas Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia |